MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DAN MENOLAK SECARA PENGUMPULAN SEMULA MENGGUNAKAN KAEDAH JaMu

Authors

  • Norhidayah binti Mohamad Zen SK Mudong, Roban Author

Abstract

Masalah penguasaan operasi asas Matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi dalam kalangan murid pemulihan khas sering menjejaskan peratus lulus dalam subjek Matematik di sekolah rendah. Tambah dan tolak merupakan operasi asas yang perlu dikuasai oleh murid secara kukuh kerana kedua-dua operasi ini berkait rapat dengan darab dan bahagi. Ini mendatangkan kebimbangan apabila terdapat seorang murid pemulihan Tahun 4 Emerald yang gagal menguasai sepenuhnya kemahiran ini. Saya memilih untuk menjalankan kajian tindakan berdasarkan Model Lewin (1946) iaitu melibatkan langkah mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Kaedah JaMu telah digunakan sebagai satu kaedah untuk mengatasi masalah menambah dan menolak secara pengumpulan semula. Kaedah JaMu melibatkan frasa ‘nombor di mulut’ dan ‘nombor di jari’. Data dikumpul melalui lembaran kerja serta soalan pentaksiran, pemerhatian dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Kaedah JaMu berupaya membantu murid meningkatkan penguasaan kemahiran menambah dan menolak. Berdasarkan dapatan ini, saya menyimpulkan bahawa masalah murid merupakan penggerak untuk guru sentiasa berfikir tentang intervensi yang sesuai dengan penerimaan murid. Kajian ini banyak memberi impak kepada proses pengajaran saya terutama berkaitan inisiatif seorang guru memikirkan jalan untuk mengatasi masalah murid supaya tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Downloads

Published

14-10-2026