PENILAIAN GURU PEMULIHAN KHAS TERHADAP PROGRAM BANTU MEMBACA

Authors

  • Henry Goh Institute of Teacher Education Gaya Campus image/svg+xml Author

Abstract

Program Bantu Membaca (PBM) merupakan satu program melibatkan guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi membantu murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 yang masih berada di kategori belum boleh membaca dan boleh membaca sedikit dengan bimbingan. Guru pelatih dari pelbagai opsyen yang menjalani praktikum atau latihan mengajar akan melaksanakan pelbagai aktiviti dan gerak kerja bagi membantu memperbaiki prestasi murid- murid pemulihan khas dengan bimbingan guru pemulihan khas di sekolah di mana mereka ditempatkan selama 12 minggu. Kajian kualitatif ini bertujuan meneroka penilaian guru pemulihan khas tersebut terhadap kekuatan dan kelemahan program dari aspek pelaksanaan serta cadangan penambahbaikan program ini. Seramai enam orang guru pemulihan khas di sekolah di mana guru pelatih ditempatkan untuk menjalani praktikum di daerah Kota Kinabalu, Sabah dipilih sebagai peserta kajian. Data dikumpul melalui temubual dengan enam orang guru pemulihan khas di sekolah di mana guru pelatih ditemaptkan. Kajian mendapati sepanjang pelaksanaan PBM, guru pelatih dapat menjalankan aktiviti bantu membaca dengan sangat berkesan melalui peningkatan penguasaan dalam kemahiran membaca dalam kalangan murid yang terpilih. Walau bagaimana pun, program yang dijalankan ini mempunyai kelemahan dari aspek tempoh pelaksanaan dan kekerapan aktiviti bantu baca yang sangat terhad di antara guru pelatih dan murid terpilih. Antara cadangan penambahbaikan program ini ialah meneruskan program bantu membaca semasa guru pelatih menjalani praktikum dan menambah jumlah masa interaksi antara guru pelatih dan murid yang belum menguasai kemahiran membaca. Hasil kajian ini diharap dapat digunakan khususnya oleh pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar dapat menambahbaik dan meneruskan Program Bantu Membaca ini untuk menangani isu keciciran pendidikan serta masalah literasi dan numerasi supaya kesenjangan pendidikan yang wujud dapat dirapatkan.

Downloads

Published

14-10-2026