TEKNIK PoLeSa : JAWAPAN KEPADA PENULISAN KVKV
Abstract
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehan murid menulis suku kata KVKV berdasarkan gambar melalui Teknik PoLeSa. Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada dua orang murid lelaki dan seorang murid Perempuan Tahun 2B SK St George Punau. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah hasil kerja murid serta borang senarai semak pemerhatian. Kaedah intervensi yang digunakan ialah menulis suku kata KVKV berdasarkan gambar melalui Teknik PoLeSa iaitu potong, lekat dan salin suku kata sebanyak lapan kali sesi. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan peratus. Tinjauan sebelum intervensi dijalankan mendapati bahawa responden lemah dalam menulis suku kata KVKV berdasarkan gambar dan menunjukkan sikap kurang minat dalam mempelajari suku kata KVKV. Setelah intervensi dijalankan, hasil dapatan kajian menunjukkan penurunan kesalahan murid dalam menulis suku kata KVKV berdasarkan gambar dengan betul. Impaknya, intervensi yang dilakukan melalui Teknik PoLeSa amat memberangsangkan. Responden juga mempamerkan perubahan tingkah laku ke arah yang positif.