TAHAP RESILIENSI DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA: BERSEDIAKAH ANAK DIDIK KITA MENJADI GURU?

Authors

  • Shukiman Sukardi Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Gaya Author

Abstract

Resiliensi adalah keupayaan individu berhadapan dengan cabaran hidup semasa. Resiliensi pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) penting untuk melahirkan pendidik berkualiti. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap resiliensi pelajar IPGM. Kajian ini berfokus kepada pelajar-pelajar IPGM di Sabah. Seramai 210 orang responden terlibat dalam kajian ini. Responden merupakan pelatih guru yang berdaftar dengan IPGM. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian deskriptif jenis tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan dalam pemerolehan data adalah The Resilience Scale (TSR). Soal selidik ini mengandungi 24 soalan. Nilai kebolehpercayaan (alpha) kajian ini adalah 0.89. Analisis deskriptif seperti frekuensi, min, peratusan dan sisihan piawai digunakan dalam kajian ini bagi mencapai objektif kajian. Analisis deskriptif kajian menunjukkan tahap resiliensi pelajar IPGM keseluruhan adalah sederhana (M=2.61). Pelajar lelaki mempunyai tahap reseliensi yang tinggi (m=2.76) berbanding pelajar perempuan (m=2.57). Kajian ini memberi implikasi positif kepada pihak-pihak berkepentingan khususnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengetahui tahap resiliensi pelajar IPGM. Selain, memberi tumpuan kepada peningkatan tahap resiliensi pelajar sepanjang berada di IPGM sebelum menamatkan pengajian dalam bidang Perguruan. Sehubungan itu, pengkaji akan datang dicadangkan untuk meneroka pemboleh ubah seperti latar ibu bapa, status ekonomi, latar geografi dalam membincangkan resiliensi pelajar IPGM. Kajian berbentuk longitudinal juga perlu bagi melihat perkembangan dari masa ke masa dalam pembentukan resiliensi pelajar IPGM pada masa akan datang.

Downloads

Published

14-10-2026