PANTUN KASIH MELAYU SARAWAK: POTRET PUITIKA ESTETIKA PANTUN MELAYU
Keywords:
Dunia luas dipadatkan, prinsip kiasan dan saranan, kepuitisan, Teori Sastera PuitikaAbstract
Pantun merupakan warisan budaya dalam masyarakat Melayu yang menjadi medium untuk mencerminkan kekayaan bahasa dan estetika Melayu. Walau bagaimanapun, ledakan teknologi dewasa ini menyebabkan peraturan penciptaan pantun seolah- olah terabai kerana aspek keindahannya dipinggirkan, sebaliknya mengutamakan maksud yang hendak disampaikan penciptanya. Senario ini tidak wajar dibiarkan berlaku secara berterusan kerana akan memudar dan meminggirkan nilai estetika pantun. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis unsur keindahan atau kepuitisan yang terkandung dalam pantun dengan menggunakan Teori Puitika Sastera Melayu yang digagaskan oleh Muhammad Salleh (2000). Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan memberikan fokus terhadap analisis teks pantun sebagai data kajian. Empat rangkap pantun kasih Melayu Sarawak dalam Buku Pantun Melayu Sarawak terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka digunakan sebagai data analisis. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pantun kasih Melayu Sarawak memenuhi prinsip-prinsip estetika atau kepuitisan dalam Teori Puitika Sastera Melayu. Prinsip dunia luas dipadatkan dan prinsip kiasan dan saranan memanifestasikan keunikan, keintelektualan dan nilai estetika (struktur dan inti pati) dalam pantun kasih. Impaknya, pantun merupakan suatu ciptaan masyarakat Melayu yang memprojeksikan daya keintelektualan dan falsafah kehidupan hasil daripada ketajaman pengamatan terhadap alam lahiriah atau luaran dan alam dalaman manusia yang disulami dengan kepelbagaian makna, keseragaman rima, kepuitisan bunyi yang menyerlahkan nilai estetikanya.
Downloads
Published
Versions
- 14-10-2026 (2)
- 01-10-2026 (1)