MENGINTEGRASIKAN TEKNIK LERAIAN DALAM PENYELESAIAN ALGORITMA SAINS KOMPUTER MELALUI PEMBELAJARAN TERADUN DENGAN INTERVENSI GBIPO

Authors

  • Wei Na Sim Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kuching Author
  • Siaw Hui Kho Pejabat Pendidikan Daerah Kuching Author

Abstract

Teknik leraian dalam pemikiran komputasional merupakan proses memecahkan masalah yang kompleks kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Dalam konteks pendidikan digital, teknik ini penting dalam penyelesaian masalah algoritma. Namun, pelaksanaan teknik ini menjadi sukar jika pelajar belum menguasai kemahiran berfikir secara berstruktur dan sistematik. Tinjauan awal mendapati pelajar-pelajar mata pelajaran Sains Komputer Tingkatan 4D SMK Tinggi Kuching melalui soalan kuiz dan soal selidik menunjukkan 4 orang pelajar tidak menguasai kemahiran menghasilkan algoritma dengan tepat dan tidak menggunakan teknik leraian untuk memahami kehendak soalan. Oleh itu, kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menghasilkan algoritma dengan menggunakan teknik leraian dalam penyelesaian soalan algoritma untuk memahami kehendak soalan. Intervensi Garis, Bulat, Input, Proses dan Output (GBIPO) membimbing pelajar langkah-demi-langkah untuk meleraikan soalan algoritma. Intervensi GBIPO dilaksanakan menerusi pendekatan pembelajaran teradun. Dapatan kajian mendapati pelajar-pelajar berjaya menggunakan teknik leraian menerusi intervensi GBIPO untuk meningkatkan kefahaman terhadap kehendak soalan dan seterusnya meningkatkan kemahiran mereka dalam menghasilkan algoritma yang betul. Berdasarkan dapatan soal selidik selepas intervensi, pelajar-pelajar bertambah yakin untuk menjawab soalan-soalan algoritma. Kajian ini boleh diteruskan dengan menambahkan senarai kata kerja yang tetap dalam algoritma untuk merangka pernyataan input, proses, dan output agar dapat menambah baik intervensi GBIPO.

Downloads

Published

14-10-2026