PENGGUNAAN APLIKASI “الَّثاِلِث اِفِ لِِلَّص الُمْفَرَداِت ” DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 3 MENYEBUT KOSA KATA BAHASA ARAB TAHUN 3
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan aplikasi “ اَّلثاِلِ ث dalam ”ال مفرََََداتِ لِلصَّ 'فِ membantu murid Tahun 3 menyebut kosa kata Bahasa Arab Tahun 3. Kajian ini dilaksanakan kerana pengkaji mendapati bahawa murid masih lemah dalam menyebut dan mengenal kosa kata bahasa Arab Tahun 3. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi membantu murid untuk menyebut serta mengenal kosa kata Bahasa Arab Tahun 3 dengan betul. Kajian ini bertujuan untuk menarik minat murid dengan Bahasa Arab melalui penggunaan teknologi. Peserta kajian terdiri daripada 14 orang murid Tahun 3. Kajian ini dijalankan dalam empat fasa iaitu merancang, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Pungutan data dilakukan secara kaedah triagulasi melalui pungutan data ujian pra dan pos, pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Hasil kajian mendapati penggunaan aplikasi ini dalam pembelajaran Bahasa Arab Tahun 3 telah memantapkan kemahiran guru dalam mempelbagaikan strategi dan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti pembelajaran berpusatkan murid dan pembelajaran abad ke-21. Kesimpulannya, pembelajaran berpusatkan murid dan pengaplikasian PAK 21 dengan menggunakan aplikasi ini adalah kaedah yang sangat berkesan dalam meningkatkan penguasaan murid dalam menyebut kosa kata Bahasa Arab Tahun 3. Implikasinya, penggunaan aplikasi kosa kata Bahasa Arab Tahun 3 ini dapat menjadikan guru lebih kreatif dan inovatif dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan.