AMALAN PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM KALANGAN GURU DI SEKOLAH PENGAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

Authors

  • Muhamad Izhar bin Salim Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak image/svg+xml Author
  • Zakia binti Setu Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak image/svg+xml Author

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah-kaedah dan instrumen- instrumen pentaksiran autentik yang digunakan oleh guru-guru sekolah rendah serta cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Kajian ini turut meneliti perbezaan amalan pentaksiran autentik mengikut mata pelajaran yang diajar. Kajian menggunakan pendekatan kaedah campuran dengan reka bentuk Explanatory Sequential. Data kuantitatif dikumpul melalui soal selidik daripada 75 orang guru, manakala data kualitatif diperoleh melalui temu bual separa berstruktur dan semakan dokumen terhadap 12 orang guru yang dipilih secara bertujuan. Dapatan menunjukkan bahawa kaedah persembahan dan projek merupakan pendekatan yang paling kerap digunakan dalam pentaksiran autentik, manakala rubrik dan senarai semak adalah instrumen utama penilaian. Walau bagaimanapun, guru menghadapi pelbagai cabaran termasuk kekangan masa, kekurangan sumber bahan bantu mengajar, dan latihan profesional yang terhad. Kajian juga mendapati bahawa pentaksiran autentik lebih mudah dilaksanakan dalam subjek Bahasa berbanding subjek seperti Matematik dan Sains yang lebih berstruktur. Penemuan ini mencadangkan keperluan latihan profesional yang lebih sistematik, penyediaan sumber pengajaran yang bersesuaian, dan penggunaan teknologi pendidikan bagi menyokong pelaksanaan pentaksiran autentik secara menyeluruh.

Downloads

Published

14-10-2026